Halaman

Thursday, November 21, 2013

Pencinta Buah-Buahan

Bila sebut buah-buahan, jujur itu saya suka. Sebut saja jenisnya saya tetap akan makan selagi ia bergelar buah-buahan yang boleh dimakan oleh manusia. Mungkin kerana dibesarkan dalam keluarga petani di kampong yang agak jauh dari pusat Bandar, menjadi satu kebiasaan bagi semua orang untuk kenal dan suka makan buah (X tau betul ke tak). Apapun prinsip saya mudah je, kalau suka makan, kamu perlu pandai hasilkan apa yang kamu suka. Dalam hal buah-buahan ni pun sama juga la, suka makan, kenalah menanam.

Satu pepatah cina menyatakan “Masa terbaik menanam sepohon pokok adalah 20 tahun lepas dan masa kedua terbaik adalah sekarang”. Ayat ini pastilah bermakna dan agak bermakna bagi saya. Oleh kerana suka sangat dengan buah-buahan, saya telah menanam beberapa jenis buah dalam kuantiti yang cukup menampung keperluan. Sejak 5 tahun lepas, saya telah mula menanam:
  • Lebih 20 durian
  • Lebih 20 nangka
  • Lebih 20 rambutan
  • Lebih 20 longan
  • Lebih 20 langsat
  • Lebih 15 cempedak
  • Lebih 30 limau
  • Lebih 10 mangga
  • dan terdapat juga buah lain yang sedikit-sedikit ditanam. :)
Namun, keberhasilan dalam penanaman ini memanglah bukan 100% dan biasanya Cuma dalam 50% terutamanya masa sekarang ini masih dalam pengajian dan tidak ada masa menguruskan semuanya. Namun saya yakin bahawa usaha tidak akan sia-sia

 Pisang Raja.. :D                               Durian..dah masuk 5 Tahun
 
                                              Manggis..                                    Ini Durian Belanda
Benih mangga.                                         Benih Cempedak


.

No comments:

Post a Comment

What do you think?