Halaman

Tuesday, November 19, 2013

BENGKEL PENGURUSAN KEWANGAN





2 hari menjalani bengkel pengurusan kewangan yang kini dijadikan sebagai kursus wajib untuk semua pelatih IPG dan sememangnya saya bersetuju untuk diwajibkan memandangkan salah satu masalah penjawat awam terutamanya golongan baru bekerja adalah masalah pengurusan kewangan. Yealah kadangkala kesusahan semasa belajar menyebabkan sebilangan nak membalas dendam dan berbelanja lebih, segelintir lagi tidak didedahkan dengan pengurusan kewangan yang betul dan segelintir lagi memang tak kisah. Situasi semasa iaitu 4 rakyat Malaysia muflis setiap hari adalah satu statistic yang begitu membahayakan apatah lagi golongan muflis ini kebanyakannya adalah golongan baru bekerja terutamanya bumiputera dan melayu. Maka saya sokong 100% bengkel seperti ini diwajibkan.

Maka 2 hari berkursus, dan apa saya dapat??
Sejujurnya tak banyak sebab sejak 3 tahun lepas saya dah berusaha menimba ilmu pengurusan kewangan ini. Yang saya buat ialah:
  1. Beli panduan cashflow daripada Pak Di
  2. Beli 4 buku Robert Kiyosaki.
  3. Beli buku What school never teach you about money. (Ini memang terbaik)
  4. Beli buku Money Rule. (Agak hebat)
Gabungan semua ilmu ini membolehkan saya mengamalkan hidup sderhana dan menyimpan >10K daripada elaun selama 4 tahun.

Dalam bengkel ini, dibahagikan kepada 3 skop utama yang dilihat paling dekat dengan penjawat awam iaitu Pengurusan Cashflow, Insuran, Kad Kredit. Dengan pengetahuan yang diperoleh, saya rasakan untuk yang tidak sempat mengikuti bengkel, beberapa sumber yang saya baca dan mampu membantu adalah:

  • Untuk pengurusan cashflow, untuk lebih memahami saya lebih syorkan baca dan fahami ebook panduan cashflow daripada PakDi dan money Rule.
  • Untuk insuran, saya lebih suka tengok pandangan daripada Robert kiyosaki dan buku what school never teach you about money.
  • Untuk pengurusan kad kredit saya lebih suka pandangan daripada Panduan Cashflow dan sedikit daripada buku WTF: 23 Property by 30. Sebab keduanya membahaskan kad kredit dari sudut berbeza. 
Semoga semuanya mendapat manfaat bengkel hari ini

No comments:

Post a Comment

What do you think?