Halaman

Thursday, November 14, 2013

17 Tahun Belajar??


Hari ini saya terpanggil pula nak merepek tentang pengalaman bersekolah. Dah berumur 23 tahun dan mula bersekolah pada umur 7 tahun bermakna saya telahpun berada di zaman belajar selama hampir 17 tahun. 17 tahun bukan satu tempoh yang singkat dan pastinya banyak suka duka sepanjang perjalanan. Kali ini saya nak ringkaskan pengalaman setiap zaman persekolahan saya pula.

Pra sekolah.
Sebenarnya saya tak pernah kenal apa itu pra sekolah dan memang prasekolah tak popular zaman saya tambahan lagi memang tiada di kampung saya.

Sekolah rendah.
6 tahun bersekolah dan apa yang menarik ialah di sekolah tersebut kami hanya ada 8 orang sebaya sahaja dan yang paling menarik, hanya saya sahaja lelaki. Ya, memang agak pelik dan sebenarnya memang agak sukar untuk bergaul pada mulanya. Sebab tu jugalah, kekadang saya selesa dan boleh bergaul dengan rakan-rakan perempuan.

Sekolah agak kecil, kelas dilaksanakan secara bercantum, tahun 2 gabung tahun 3 dan tahun 4 dengan tahun 5. Tahun 1 dan 6 tidak bercantum atas sebab yang relevan. Agak malasa, lemah dan main lebih banyak. Apa pun, UPSR still ok.. :)

Sekolah menengah
Satu perubahan yang serba sedikit menyebabkan kejutan budaya. Sebagai orang kampun di sekolah kecil, perpindahan ke sekolah baru yang besar dengan pelajar pelbagai latar belakang serba sedikit kejutan budaya. Di sinilah pentingnya pemilihan kawan dan kebijaksanaan membawa diri lebih-lebih lagi tinggal di asrama yang jauh dari keluarga.
Zaman ini saya belajar banyak perkara, bersosial, bersukan, belajar, mengajar dan banyak lagi. Memang agak aktif dalam sukan dan Berjaya mengimbangi akademik dengan kokurikulum. Secara peribadi, sekolah ,menengah adalah antara fasa kehidupan indah. PMR n SPM just nice and boleh laa.

Matrikulasi
Hanya 3 bulan sahaja berada di matrikulasi tapi banyak benda yang Berjaya dipelajari. Kebijaksanaan mengurus masa, kewangan, makan, tidur dan bersukan adalah perkara baru kerana semasa di sekolah menengah sudah terbiasa dengan jadual. Kehidupan yang agak sibuk dan secara peribadi, tidak banyak perkara seronok sebab saya hanya berkesempatan berada di Matrikulasi 3 bulan kerana mendapat tawaran memasuki IPG.

Institut Pendidikan Guru.
Semasa saya masuk IPG namanya masih lagi Institut Perguruan. Satu tempoh yang agak lama jika dikira berdasarkan masa. 5 tahun setengah. Di sinilah tempatnya menghabiskan sisa-sisa remaja. Banyak perkara baru dipelajari. Masih aktif dengan sukan dan secara akademik setakat boleh la dengan pointer3.6++. Dididik untuk menjadi guru, banyak cabaran, banyak perkara perlu dipatuhi, banyak perkara diaplikasikan. Memang setiap semester agak padat dengan subjek akadmik, kokurikulum dengan kursus-kursus wajib disusuli dengan praktikum sehingga melakasanakan kajian dan sememangnya pengalaman dan pngetahuan ini amatlah bermakna.

Mula belajar erti khidupan sebenar, memikirkan dan merancang masa dpan sebnar, membina impian dan pelbagai lagi berlaku dalam tempoh 5.5 tahun. Dan saat ini, berada di hujung pengajian, baharu menghabiskan peperiksaan terakhir dan kini disajikan dengan 7 kursus wajib. 

Sgalanya hampir selesai dan jika ditakdirkan menjadi guru, tahun depan akan mula berkhidmat. Persoalannya, bilakah pengajian baru saya?? Akan difikirkan pada tahun depan. Hehhe.

2 comments:

What do you think?