Halaman

Sunday, May 20, 2012

Sedarlah.......


  • Tuhan itu dekat dengan kita, hanya sejauh doa. Bukan di langit ketujuh.
  • Kasih tuhan tak pernah berubah.
  • Dia takkan pernah tinggalkan kita. Meskipun seorang ibu mungkin mampu melupakan anaknya, tuhan takkan melupakan kita. Lihat betapa besarnya kasih itu. Lebih dari segalanya.
  • Kita dicipta namun dicintainya. Tak seperti kita, apa yang kita cipta, sukar untuk kita cinta kerana kita mampu mencipta lagi.

LUKA-LUKA BATIN


Batin=jiwa
Tubuh manusia terdiri daripada 3 unsur. Roh, jiwa dan badan. Badan milik tanah, roh milik tuhan dan jiwa milik kita.

Knapa roh milik tuhan? Sebab dia telah menghembuskan nafas kehidupan ketika mencipta kita dari tanah. Jika tiada kita mungkin tiada bezanya dengan binatang dan kayu-kayu yang ada di luar sana.

Batin itu adalah jiwa. Ada 3 jenis atau bahagian yang saling berkerjasama ataupun berkerja serentak dan tak mampu dipisahkan antara satu sama lain. Iaitu fikiran, perasaan dan keinginan.

Luka-luka batin ialah luka yang mana menyebabkan mana-mana satu unsure menjadi tidak tenang dan tenteram. Contohnya..sakit mental. Biasanya kerana tekanan, dn sbgnya. Perasaan pula spt marah, benci, dendam., keinginan seperti keinginan melihat video lucah yg x terkawal, keinginan berzina, keinginan membunuh, mencuri, ketamakan dan menipu.

Semua ini dikelaskan sebagai luka-luka batin. Ianya bermula sejak dari kandungan. Contohnya penolakan yg mana ibu mahu menggugurkan kandungan. Simptom2nya ialah..anda sukar bergaul, anda sentiasa mengalah, anda tiada damai, anda tak mampu mengasihi dan mengampuni, anda ada penyakit yang tak sembuh.

Luka-luka ini boleh disembuhkan tetapi ianya tidak akan hilang. Seperti mana kita mampu menyembuhkan luka, tetap ada parut. Meskipun tidak ada, tapi pasti anda ingat bahawa anda pernah mengalami luka dan anda tau bagaimana ia terjadi, di mana dan sbgnya. Tanda kesembuhan ialah anda dapat ketenangan dan damai. Apabila berjumpa dengan keadaan yang sama, anda tahu apa perlu dilakukan. Luka batin itu jika sembuh, hanya umpama bayang2 yang sentiasa bersama kita tapi tak mampu berbuat apa-apa...

Hanya dua kunci utama iaitu kerendahan hati dan pengmpunan termasuklah mengampuni diri sendiri.
Sembuh tak bermakna anda takkan lupa lagi. Maka teruskan mengampuni. Salam damai.