Today is the day that all PISMP Ambilan January 2010 have
been waited for a “very” long time. It’s not April fool, it’s real. Today we
will start working as teacher! Report to PPD as a response to accept the offer
to be “Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG 41”.
Bertolak seawall jam 6.00 Pagi dari rumah, saya dihantar
oleh keluarga(bapa, mak, adik) dan pemandunya ialah sepupu saya. Agak lain
rasanya bila “dihantar”. Suatu pengalaman baru kerana sebelum ini segalanya
saya pergi sendiri. K sekolah, matrikulasi, IPG saya lakukan sendirian. Namun
hari ini mereka bersama saya.
Perjalanan mengambil masa 4 jam tepat untuk sampai ke PPD
Tenom dengan perjalanan melebihi 250KM. Diberi taklimat oleh beberapa orang
atasan iaitu daripada PPD Tenom dan JPN Sabah.
Suatu yang agak mengejutkan ialah seramai 6 orang guru
baharu akan dihantar ke sekolah SK.Baru Jumpa Tenom. Pelbagai fikiran masuk,
positif, negatif dan akhirnya saya putuskan untuk tunggu dan lihat.
Setelah berjumpa dengan Guru Besar, En. Raymond, kami
diizinkan ke sekolah dan saya sebagai orang jauh diberi kesempatan menumpang di
rumah guru senior. Tepat jam 3.38 Petang saya menjejak kaki ke SK.Baru Jumpa.
Sekolah sederhana dengan jumlah murid 150+ sahaja. Pertanyaan mngapa ramai
sangat guru baharu jika sekolah begini sahaja masih belum terjawab.
Menumpang semalaman di rumah Cikgu Johari (rumah guru) dan
secara jujur bliau seorang yang bersemangat, kreatif, positif dan yes suatu
yang sangat membrangsangkan. Pelbagai perkara dikongsi Cuma ada beberapa yang
pasti akan saya ingat. “Buat apa yang kamu tahu yang ada di depan mata”. He is
business minded but real teacher.
Agak keletihan untuk segala peerjalanan dan proses lapor
diri hari ini, dalam sekitar jam 10 Malam dah tertidur.
Perkara yang agak “kurang” ialah tempat ini
mempunyai “line” telefon yang agak terhad dan hanya boleh diperoleeh di tempat
tertentu sahaja. But it’s still ok.