Halaman

Showing posts with label whatever. Show all posts
Showing posts with label whatever. Show all posts

Saturday, November 16, 2013

Hidup tidak pernah bercuti.


Bangun awal pagi dan asrama begitu sunyi sepi dengan bermulanya cuti akhir tahun. Hanya kami semester akhir terkial-kial di asrama kerana masih dengan program wajib. Namun apakan daya, hujung minggu ini semua rakan lain juga balik ke rumah masing-masing. Maka, tinggallah kemi beberapa orang yang tabah untuk menghabiskan hujung minggu di sini. Hihihi

Hari ini bangun tanpa sebarang tujuan dan situasi sebegini amat merimaskan dan bagaikan satu hari akan dibazirkan begitu sahaja. Adakah saya akan biarkan begitu sahaja?? Tidak! Harus memikir sesuatu yang bermanfaat untuk dilakukan. Ada wifi, cari dan baca maklumat. Dan ya, masih ada buku belum habis dibaca. Maka dengan itu, hari ini perlu diisi dengan sebaiknya.

Hari-hari yang lalu, biasanya setiap hari telah dirancang hari sebelumnya. Dan beginilah caraku:

Malam sebelum tidur
  1. Senaraikan semua aktiviti atau program yang perlu dibuat
  2. Susun atau highlight perkara penting untuk dilakukan
  3. Tetapkan masa dan tulis tempat dan orang yang terlibat.

Selepas bangun dan mandi:
  1. Lihat senarai yang dibuat dan refresh semula apa yang perlu dibuat
  2. Mula laksanakan apa yang dirancang
  3. Tandakan atau pangkah perkara yang telah selesai dilaksanakan

Malam
  1. Lihat semula senarai,
  2. Kenalpasti perkara yang belum dan nyatakan kenapa, dan perlukah dilakukan semula pada hari esok.
Oleh kerana hari ini sudah mula bercuti, saya mengabaikan hal ini. Tapi, tak merasakannya seronok, dan saya merasakan “Hidup ini tidak pernah bercuti”.

Tuesday, November 12, 2013

Just sometimes...


Sometimes, we plan something for unsure objective,
Sometimes we set our objective without knowing how to make it happen,
Sometimes we do something unplanned,
Sometimes we know what we want but we just don’t know how to make it happen,
Sometimes we do something that not important,
Sometimes we do something just to fill up our time,
Sometimes we go somewhere without knowing why,
Sometimes we stop believing,
Sometimes we give up,
Sometimes we just feel everything enough,
Sometimes, sometimes and just sometimes…
I Don’t know what I write now but I know I’m writing.
I don’t know where I’m going but I know I’m on may way.
Whatever happen, life must go on, keep fighting.