Halaman

Monday, October 29, 2012

Membaca Blog ABANG ENSEM



Tepat 4.58 p.m maka selesailah aku mentelaah hasil karya tuan abang ensem mengenai pelaburan hartanah. Malah 2 ebook karya beliau telah menjadi milik sempurna buat diriku.

Di samping membaca, memahami, menghayati dan memasang impian ada juga aku mencopy(aku kira halal je) beberapa maklumat yang membolehkan aku tak perlu mencari dekat entry blog beliau.

Saya mengembara di blog beliau bermula dengan entry pertama hobi giler aku..sehingga tamatnya entry terakhir. Namu terdapat juga beberapa tajuk yang tidak dibaca terutramanya yang tidak berkaitan dengan pelaburan hartanah secara langsung.

Untuk memahami secara dekat tips-tips tersebut saya juga mendapatkan 2 ebook beliau yang berharga rm 20 setiap satu ialah:
1.       Rahsia jutawan hartanah terbongkar
2.       Teknik membeli rumah subsale.

Secara jujur dan ikhlas, sedikit kecewa kerana ebook ini terlalu nipis (20 page) yang sama dengan harga seringgit sehelai..ini berbeza dengan buku SK yang 107 mukasurat dengan harga rm 50 yang bolehlah dikatakan 50 sen sehelai..
Namun begitu, berbanding membaca ebook abang ensem, adalah lebih bermanfaat dan bermaslahat jika anda membaca setiap entry berkenaan hartanah yang diceritakan secara sempoi. (abaikan kegataian beliau yang comel itu)
Perkara yang baiknya membaca blog beliau adalah kerana penulisan yang sempoi, menarik dan tidak membosankan. Apapun semoga beliu sentiasa dirahmati dan dimurahkan rezeki dengan pelbagai perkongsian berguna.

No comments:

Post a Comment

What do you think?