Bangun awal pagi dan asrama begitu sunyi sepi dengan
bermulanya cuti akhir tahun. Hanya kami semester akhir terkial-kial di asrama
kerana masih dengan program wajib. Namun apakan daya, hujung minggu ini semua
rakan lain juga balik ke rumah masing-masing. Maka, tinggallah kemi beberapa
orang yang tabah untuk menghabiskan hujung minggu di sini. Hihihi
Hari ini bangun tanpa sebarang tujuan dan situasi sebegini
amat merimaskan dan bagaikan satu hari akan dibazirkan begitu sahaja. Adakah saya
akan biarkan begitu sahaja?? Tidak! Harus memikir sesuatu yang bermanfaat untuk
dilakukan. Ada wifi, cari dan baca maklumat. Dan ya, masih ada buku belum habis
dibaca. Maka dengan itu, hari ini perlu diisi dengan sebaiknya.
Hari-hari yang lalu, biasanya setiap hari telah dirancang
hari sebelumnya. Dan beginilah caraku:
Malam sebelum tidur
- Senaraikan semua aktiviti atau program yang perlu dibuat
- Susun atau highlight perkara penting untuk dilakukan
- Tetapkan masa dan tulis tempat dan orang yang terlibat.
Selepas bangun dan mandi:
- Lihat senarai yang dibuat dan refresh semula apa yang perlu dibuat
- Mula laksanakan apa yang dirancang
- Tandakan atau pangkah perkara yang telah selesai dilaksanakan
Malam
- Lihat semula senarai,
- Kenalpasti perkara yang belum dan nyatakan kenapa, dan perlukah dilakukan semula pada hari esok.