Hari yang baik dan bermulalah hari sebenar dipanggil
“Cikgu”. Sebelum ni gelaran belum pasti tapi hari ini saya tau inilah permulaan
sebenar. Kami diberi taklimat ringkas oleh Guru besar dan beliau nampaknya agak
tegas dan berprinsip dan saya rasa itu adalah suatu yang agak baik maka itu menjadi
sebab juga saya perlu berkerja sebaiknya.
Bertemu dengan guru-guru dan suatu perkara yang agak ganjil
adalah semua guru terkejut dengan khadiran 6 orang guru sdangkan kekosongan
yang terhad. Sememangnya penerimaan kami mungkin agak berbeza dengan rakan-rakan
lain kerana pertamanya kami datang dalam jumlah ramai (macam praktikum) dan
pada masa yang sama “kurang” guru yang mengharapkan khadiran guru sebegini
ramai kerana sebenarnya sekolah ini mempunyai jumlah guru yang cukup. Maka,
tiada yang istemewa dengan kehadiran kami kerana di sini mulalah fikiran liar
“guru dipindahkan” kerana mengalami lebihan guru bermain di fikiran. Kami tak
tahu apa-apa kerana ini smua berlaku kerana arahan dan akhirnya kami Cuma
menunggu dan lihat apakah keputusan nanti. Kami dipindahkan atau sebaliknya.
Hari ini berkesempatan masuk ke kelas tahun 2 Mawar dengan
jumlah murid seramai 15 orang sahaja. Daripada persepsi awal, kbanyakan murid
boleh dan mahu belajar dan semmangnya mereka ada kebolhan. Kebanyakan perlu
digilap dan selbihnya perlu dibentuk lagi. Murid tahun 2, maka sememangnya
suatu yang masih sangat tidak terlambat untuk membentuk mereka.
No comments:
Post a Comment
What do you think?