Hari ini saya terpanggil pula nak
merepek tentang pengalaman bersekolah. Dah berumur 23 tahun dan mula bersekolah
pada umur 7 tahun bermakna saya telahpun berada di zaman belajar selama hampir
17 tahun. 17 tahun bukan satu tempoh yang singkat dan pastinya banyak suka duka
sepanjang perjalanan. Kali ini saya nak ringkaskan pengalaman setiap zaman
persekolahan saya pula.
Pra sekolah.
Sebenarnya saya tak pernah kenal
apa itu pra sekolah dan memang prasekolah tak popular zaman saya tambahan lagi
memang tiada di kampung saya.
Sekolah rendah.
6 tahun bersekolah dan apa yang
menarik ialah di sekolah tersebut kami hanya ada 8 orang sebaya sahaja dan yang
paling menarik, hanya saya sahaja lelaki. Ya, memang agak pelik dan sebenarnya
memang agak sukar untuk bergaul pada mulanya. Sebab tu jugalah, kekadang saya
selesa dan boleh bergaul dengan rakan-rakan perempuan.
Sekolah agak kecil, kelas
dilaksanakan secara bercantum, tahun 2 gabung tahun 3 dan tahun 4 dengan tahun
5. Tahun 1 dan 6 tidak bercantum atas sebab yang relevan. Agak malasa, lemah
dan main lebih banyak. Apa pun, UPSR still ok.. :)
Sekolah menengah
Satu perubahan yang serba sedikit
menyebabkan kejutan budaya. Sebagai orang kampun di sekolah kecil, perpindahan
ke sekolah baru yang besar dengan pelajar pelbagai latar belakang serba sedikit
kejutan budaya. Di sinilah pentingnya pemilihan kawan dan kebijaksanaan membawa
diri lebih-lebih lagi tinggal di asrama yang jauh dari keluarga.
Zaman ini saya belajar banyak
perkara, bersosial, bersukan, belajar, mengajar dan banyak lagi. Memang agak
aktif dalam sukan dan Berjaya mengimbangi akademik dengan kokurikulum. Secara peribadi,
sekolah ,menengah adalah antara fasa kehidupan indah. PMR n SPM just nice and
boleh laa.
Matrikulasi
Hanya 3 bulan sahaja berada di
matrikulasi tapi banyak benda yang Berjaya dipelajari. Kebijaksanaan mengurus
masa, kewangan, makan, tidur dan bersukan adalah perkara baru kerana semasa di
sekolah menengah sudah terbiasa dengan jadual. Kehidupan yang agak sibuk dan
secara peribadi, tidak banyak perkara seronok sebab saya hanya berkesempatan
berada di Matrikulasi 3 bulan kerana mendapat tawaran memasuki IPG.
Institut Pendidikan Guru.
Semasa saya masuk IPG namanya
masih lagi Institut Perguruan. Satu tempoh yang agak lama jika dikira
berdasarkan masa. 5 tahun setengah. Di sinilah tempatnya menghabiskan sisa-sisa
remaja. Banyak perkara baru dipelajari. Masih aktif dengan sukan dan secara
akademik setakat boleh la dengan pointer3.6++. Dididik untuk menjadi guru, banyak
cabaran, banyak perkara perlu dipatuhi, banyak perkara diaplikasikan. Memang setiap
semester agak padat dengan subjek akadmik, kokurikulum dengan kursus-kursus
wajib disusuli dengan praktikum sehingga melakasanakan kajian dan sememangnya
pengalaman dan pngetahuan ini amatlah bermakna.
Mula belajar erti khidupan
sebenar, memikirkan dan merancang masa dpan sebnar, membina impian dan pelbagai
lagi berlaku dalam tempoh 5.5 tahun. Dan saat ini, berada di hujung pengajian,
baharu menghabiskan peperiksaan terakhir dan kini disajikan dengan 7 kursus
wajib.
Sgalanya hampir selesai dan jika
ditakdirkan menjadi guru, tahun depan akan mula berkhidmat. Persoalannya,
bilakah pengajian baru saya?? Akan difikirkan pada tahun depan. Hehhe.
inspiring. :) di part IPG tu la.. hehe
ReplyDeletetq..slmt bercuti...
ReplyDelete