Cerita yang sungguh-sungguh menyedarkan.
Wang
syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik mambancuh simen
..melihat logam kecil itu , tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja.
Tidak menunggu lama, tangannya segera mengutip syiling itu dan
dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya. Sekali
lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya . Lelaki
itu menoleh ke kiri ,kanan dan sekelilingnya.Tiada siapa yang
berdekatan dengannya .Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan
menyimpan dalam koceknya .
Tidak lama kemudian , lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya .Pun sama , dia mengambil dan menyimpannya .
"Rezeki aku !" Kata lelaki itu dalam hati . Lelaki itu tidak sedar ,
logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan
bangunan separuh siap yang mereka bina itu. Sebenarnya ,ketuanya mahu
memanggilnya. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan , cuba
memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.
Namun ,
jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di
kawasan tersebut. Kerana itulah , ketuanya itu mencampakkan syilingnya
dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas.
Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya
itu. Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah , lelaki
itu masih belum jugak mendongak ke atas.
Lantas , ketuanya itu
mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu
batu kecil itu dibaling ke bawah. Beberapa kali batu itu mengenai badan
lelaki itu . Setelah merasa sakit , lelaki itu mendongak ke atas ,
melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerang tadi.
Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.
Sahabat sekalian , Tuhan sering menjatuhkan rezeki (syiling ) , rahmat
atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan
'syiling' itu sbg satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas
utk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya. Tetapi , sering kali
kita lalai utk 'mendongak' ke atas, sebaliknya terus menikmati
pemberian-Nya tanpa ucapan syukur. Seperti kisah ketua dan pekerja tadi ,
apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian ,lalu Dia
jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah , kegagalan , keperitan dan
pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu ,
barulah kita teringat utk mendongak , menadah tangan utk bersyukur
mengingati Yang Maha Pencipta kita.
No comments:
Post a Comment
What do you think?