Tepat 4.58 p.m maka selesailah aku mentelaah hasil karya
tuan abang ensem mengenai pelaburan hartanah. Malah 2 ebook karya beliau telah
menjadi milik sempurna buat diriku.
Di samping membaca, memahami, menghayati dan memasang impian
ada juga aku mencopy(aku kira halal je) beberapa maklumat yang membolehkan aku
tak perlu mencari dekat entry blog beliau.
Saya mengembara di blog beliau bermula dengan entry pertama
hobi giler aku..sehingga tamatnya entry terakhir. Namu terdapat juga beberapa
tajuk yang tidak dibaca terutramanya yang tidak berkaitan dengan pelaburan
hartanah secara langsung.
Untuk memahami secara dekat tips-tips tersebut saya juga
mendapatkan 2 ebook beliau yang berharga rm 20 setiap satu ialah:
1.
Rahsia jutawan hartanah terbongkar
2.
Teknik membeli rumah subsale.
Secara jujur dan ikhlas, sedikit kecewa kerana ebook ini
terlalu nipis (20 page) yang sama dengan harga seringgit sehelai..ini berbeza
dengan buku SK yang 107 mukasurat dengan harga rm 50 yang bolehlah dikatakan 50
sen sehelai..
Namun begitu, berbanding membaca ebook abang ensem, adalah
lebih bermanfaat dan bermaslahat jika anda membaca setiap entry berkenaan
hartanah yang diceritakan secara sempoi. (abaikan kegataian beliau yang comel
itu)
Perkara yang baiknya membaca blog beliau adalah kerana
penulisan yang sempoi, menarik dan tidak membosankan. Apapun semoga beliu
sentiasa dirahmati dan dimurahkan rezeki dengan pelbagai perkongsian berguna.
No comments:
Post a Comment
What do you think?