- Tuhan itu dekat dengan kita, hanya sejauh doa. Bukan di langit ketujuh.
- Kasih tuhan tak pernah berubah.
- Dia takkan pernah tinggalkan kita. Meskipun seorang ibu mungkin mampu melupakan anaknya, tuhan takkan melupakan kita. Lihat betapa besarnya kasih itu. Lebih dari segalanya.
- Kita dicipta namun dicintainya. Tak seperti kita, apa yang kita cipta, sukar untuk kita cinta kerana kita mampu mencipta lagi.
Sunday, May 20, 2012
Sedarlah.......
LUKA-LUKA BATIN
Batin=jiwa
Tubuh manusia
terdiri daripada 3 unsur. Roh, jiwa dan badan. Badan milik tanah, roh milik
tuhan dan jiwa milik kita.
Knapa roh milik
tuhan? Sebab dia telah menghembuskan nafas kehidupan ketika mencipta kita dari
tanah. Jika tiada kita mungkin tiada bezanya dengan binatang dan kayu-kayu yang
ada di luar sana.
Batin itu
adalah jiwa. Ada 3 jenis atau bahagian yang saling berkerjasama ataupun
berkerja serentak dan tak mampu dipisahkan antara satu sama lain. Iaitu
fikiran, perasaan dan keinginan.
Luka-luka batin
ialah luka yang mana menyebabkan mana-mana satu unsure menjadi tidak tenang dan
tenteram. Contohnya..sakit mental. Biasanya kerana tekanan, dn sbgnya. Perasaan
pula spt marah, benci, dendam., keinginan seperti keinginan melihat video lucah
yg x terkawal, keinginan berzina, keinginan membunuh, mencuri, ketamakan dan
menipu.
Semua ini
dikelaskan sebagai luka-luka batin. Ianya bermula sejak dari kandungan.
Contohnya penolakan yg mana ibu mahu menggugurkan kandungan. Simptom2nya
ialah..anda sukar bergaul, anda sentiasa mengalah, anda tiada damai, anda tak
mampu mengasihi dan mengampuni, anda ada penyakit yang tak sembuh.
Luka-luka ini
boleh disembuhkan tetapi ianya tidak akan hilang. Seperti mana kita mampu
menyembuhkan luka, tetap ada parut. Meskipun tidak ada, tapi pasti anda ingat
bahawa anda pernah mengalami luka dan anda tau bagaimana ia terjadi, di mana
dan sbgnya. Tanda kesembuhan ialah anda dapat ketenangan dan damai. Apabila
berjumpa dengan keadaan yang sama, anda tahu apa perlu dilakukan. Luka batin itu jika sembuh, hanya umpama bayang2 yang sentiasa bersama kita tapi tak mampu berbuat apa-apa...
Hanya dua kunci
utama iaitu kerendahan hati dan pengmpunan termasuklah mengampuni diri sendiri.
Sembuh tak
bermakna anda takkan lupa lagi. Maka teruskan mengampuni. Salam damai.
Subscribe to:
Posts (Atom)